Ahad, 21 September 2014

Pelembap wajah terbaik

Adakah anda menggunakan pelembap wajah yang terbaik dan yang paling sesuai dengan kulit anda?

Jika belum, marilah bertemu dengan beauty consultant bagi membincangkan situasi anda.

Beauty Consultant (BC) atau Perunding Kecantikan adalah orang yang sedia mendengar dan mencarikan solusi bagi situasi kecantikan yang dihadapi, dengan menawarkan rangkaian produk yang kami miliki.

Kami tidak melakukan facial ke atas wajah orang lain. Namun kami tidak lokek berkongsi tips menjaga dan mengenakan solekan sendiri ke wajah. Kami akan menerangkan produk yang perlu ada bagi mencapai kulit yang baik.

Saya kongsi pengalaman saya sebelum mendapat pengetahuan ini.

Jika saya ke kaunter kosmetik di shopping mall dan berkata saya memerlukan cleanser, staf di sana akan bertanya jenis apa yang saya mahu sekiranya saya existing user jenama tertentu. Sekiranya saya menerangkan serba sedikit masalah saya, dia mungkin akan syorkan beberapa produk seperti pembersih wajah, pembersih mekap, penyegar, pelembap, masker, krim siang, krim malam, krim untuk anti-aging, krim untuk mata, krim jerawat dan apa juga penawar yang dimilikinya.

Staf itu selalunya akan keluarkan semua produk yang saya perlu. Saya akhirnya akan memilih sendiri produk yang terdaya dibayar. Saya mungkin tidak diterangkan fungsi setiap produk itu. Sebagai contoh, bagi saya hanya pencuci wajah dan pelembap sahaja yang penting, yang lain tidak perlu. Lagi pun, untuk dua produk ini sahaja, harganya mungkin sudah lebih RM200. Kadang-kadang kita bertanya pula apa ofer bulan ini dan kita membeli berdasarkan ofer yang diberi, bukan atas keperluan kita.

Di Mary Kay, BC akan menerangkan fungsi setiap produk. Ini adalah asas. Contohnya mengapa perlu kita mencuci wajah pagi dan malam? Sebab kulit kita kotor. Selain kawasan persekitaran yang tercemar, badan kita sendiri mengeluarkan peluh dan minyak secara semulajadi.

Mengapa kita perlu memakai freshener? Untuk menyegarkan kulit? Bukan itu sahaja, ada dua lagi fungsi penyegar. Pertama, melengkapkan cucian wajah. Kedua, mengembalikan pori wajah ke saiz yang asal.

Mengapa kita memakai pelembap? Untuk mengekalkan kelembapan pada kulit wajah.

Kita dapat lihat sendiri mengapa wajah seseorang itu nampak segar dan bermaya, dan wajah ini nampak layu. Wajah yang nampak layu sebab tidak cukup lembap. Ini salah satu sebabnya. Mungkin sel kulit mati tidak disingkirkan.

Pernahkah kita dengar komen begini, "Kulit saya berminyak jadi saya tidak perlukan pelembap?" Kulit yang berminyak pun perlukan pelembap untuk melembapkannya dan mengawal lebihan minyak yang dikeluarkan dari bawah kulit.

Lagi satu komen, "Disebabkan kulit saya berminyak, maka saya tidak suka menggunakan pelembap yang menyebabkan saya rasa tambah berminyak dan berkilat wajah saya."

Oleh itu, kita perlu dapatkan pelembap yang sesuai dengan keadaan kulit kita. Pelembap seharusnya masuk ke dalam kulit kita dan menjadikan kulit terasa ringan. Jika tidak percaya ini boleh berlaku, cubalah pelembap Mary Kay. It's my favourite and everybody's favourite!

Saya sudi memberi anda peluang mencuba pelembap terbaik yang pernah saya cuba ini!

Hubungi 012 6828741

Tiada ulasan:

Catat Ulasan