Rabu, 24 September 2014

Tips penjagaan asas bagi kulit anda




Hari ini saya ingin share tips penjagaan asas bagi kulit.
Asas kepada penjagaan kulit adalah kebersihan dan membekalkan kelembapan.
Langkah-langkah kebersihan itu adalah dengan menggunakan pencuci wajah bagi membuang kotoran yang melekat pada permukaan kulit manakala masker pula adalah untuk cucian yang lebih mendalam.
Kemudian gunakan penyegar yang berfungsi melengkapkan cucian wajah serta mengecilkan pori.
Diikuti dengan pelembap yang membekalkan kelembapan.
Selepas melakukan kesemua 4 langkah ini, kulit terasa segar serta-merta. Ia lembut pada kulit, kesan lembap serta-merta diperolehi. Kulit anda tidak lagi berasa perit, ketat dan sebagainya.
Cuba satu hari ini juga.
1 set Botanical effect berharga RM296 dan saya memberi 1 hadiah misteri. Hubungi saya 012 6828741
Gel Mask
Memperhebat faedah penentang usia dalam semalaman.
1. Menghidrat secara serta merta
2. Mengekalkan lembapan
3. Menegangkan
4. Melicinkan
5. Melembutkan
6. Menyuburkan

Gambar testimonial pengguna Gel Mask. Kulit kembali lembap selepas sebulan memakai gel mask.

Lihat Sendiri Manfaat kepada kulit anda:
Menyebabkan kulit nampak kembung diisi air sehingga garis dan kedut halus tidak ketara. Kulit nampak lebih cerah, lembap, kurang garis halus, gebu keesokan harinya. Sekiranya kita memakai mekap selepas mencucinya susudah bangkit dari tidur, mekap tahan di wajah seharian.
Inilah satu-satunya masker dalam Mary Kay yang boleh dibawa tidur



Ahad, 21 September 2014

Pelembap wajah terbaik

Adakah anda menggunakan pelembap wajah yang terbaik dan yang paling sesuai dengan kulit anda?

Jika belum, marilah bertemu dengan beauty consultant bagi membincangkan situasi anda.

Beauty Consultant (BC) atau Perunding Kecantikan adalah orang yang sedia mendengar dan mencarikan solusi bagi situasi kecantikan yang dihadapi, dengan menawarkan rangkaian produk yang kami miliki.

Kami tidak melakukan facial ke atas wajah orang lain. Namun kami tidak lokek berkongsi tips menjaga dan mengenakan solekan sendiri ke wajah. Kami akan menerangkan produk yang perlu ada bagi mencapai kulit yang baik.

Saya kongsi pengalaman saya sebelum mendapat pengetahuan ini.

Jika saya ke kaunter kosmetik di shopping mall dan berkata saya memerlukan cleanser, staf di sana akan bertanya jenis apa yang saya mahu sekiranya saya existing user jenama tertentu. Sekiranya saya menerangkan serba sedikit masalah saya, dia mungkin akan syorkan beberapa produk seperti pembersih wajah, pembersih mekap, penyegar, pelembap, masker, krim siang, krim malam, krim untuk anti-aging, krim untuk mata, krim jerawat dan apa juga penawar yang dimilikinya.

Staf itu selalunya akan keluarkan semua produk yang saya perlu. Saya akhirnya akan memilih sendiri produk yang terdaya dibayar. Saya mungkin tidak diterangkan fungsi setiap produk itu. Sebagai contoh, bagi saya hanya pencuci wajah dan pelembap sahaja yang penting, yang lain tidak perlu. Lagi pun, untuk dua produk ini sahaja, harganya mungkin sudah lebih RM200. Kadang-kadang kita bertanya pula apa ofer bulan ini dan kita membeli berdasarkan ofer yang diberi, bukan atas keperluan kita.

Di Mary Kay, BC akan menerangkan fungsi setiap produk. Ini adalah asas. Contohnya mengapa perlu kita mencuci wajah pagi dan malam? Sebab kulit kita kotor. Selain kawasan persekitaran yang tercemar, badan kita sendiri mengeluarkan peluh dan minyak secara semulajadi.

Mengapa kita perlu memakai freshener? Untuk menyegarkan kulit? Bukan itu sahaja, ada dua lagi fungsi penyegar. Pertama, melengkapkan cucian wajah. Kedua, mengembalikan pori wajah ke saiz yang asal.

Mengapa kita memakai pelembap? Untuk mengekalkan kelembapan pada kulit wajah.

Kita dapat lihat sendiri mengapa wajah seseorang itu nampak segar dan bermaya, dan wajah ini nampak layu. Wajah yang nampak layu sebab tidak cukup lembap. Ini salah satu sebabnya. Mungkin sel kulit mati tidak disingkirkan.

Pernahkah kita dengar komen begini, "Kulit saya berminyak jadi saya tidak perlukan pelembap?" Kulit yang berminyak pun perlukan pelembap untuk melembapkannya dan mengawal lebihan minyak yang dikeluarkan dari bawah kulit.

Lagi satu komen, "Disebabkan kulit saya berminyak, maka saya tidak suka menggunakan pelembap yang menyebabkan saya rasa tambah berminyak dan berkilat wajah saya."

Oleh itu, kita perlu dapatkan pelembap yang sesuai dengan keadaan kulit kita. Pelembap seharusnya masuk ke dalam kulit kita dan menjadikan kulit terasa ringan. Jika tidak percaya ini boleh berlaku, cubalah pelembap Mary Kay. It's my favourite and everybody's favourite!

Saya sudi memberi anda peluang mencuba pelembap terbaik yang pernah saya cuba ini!

Hubungi 012 6828741

Tips penjagaan harian bagi kulit

Hari ini saya ingin share tips penjagaan harian bagi kulit. Ini juga adalah antara beberapa perkara yang sering menjadi tanda-tanya kepada pelanggan saya.

Boleh tak kalau saya guna cleanser saja?
Boleh.

Boleh tak kalau saya tak mahu guna pelembap?
Boleh.

Boleh tak kalau saya tak mahu guna krim pelindung?
Boleh.

Mungkin sekarang kulit baik-baik sahaja walaupun tidak dijaga secara teratur tapi bagaimana 10, 20 tahun akan datang?

Kulit wajib dicuci minimum 2 kali sehari kerana kotoran, peluh dan minyak yang melekat padanya. Ada di antara kita perlu cuci wajah pada waktu tengah hari untuk solat zohor. Ini tidak menjadi hal. Cuci wajah dengan lembut, jangan tonyoh...kasihan kulit! Gunakan kain tisu pakai buang.

Penyegar wajib digunakan bagi melengkapkan lagi cucian wajah. Gunakan kapas. Jangan gunakan jari.

Masker wajib dipakai sekurang-kurangnya sekali seminggu, ataupun setiap 2,3 kali seminggu. Tidak boleh dipakai hari-hari. Ia digunakan bagi mencuci kulit lebih mendalam. Ketika kulit dipakaikan masker, lubang pori terbuka luas, memudahkan kotoran dan minyak dibuang dari kulit.

Pelembap wajib dipakai siang dan malam. Pelembap bukan asas kepada mekap walaupun sapuan pelembap akan`memudahkan mekap disapu. Pelembap adalah untuk sel kulit. Sel kulit yang menyebabkan kulit nampak sihat, gebu, lambat tua dan berkilau. Jadi, sapu pelembap lebih banyak lagi pada sebelah malam.

Krim pelindung matahari adalah payung yang melindungi kulit dari panahan matahari yang mengandungi sinar UVA & UVB.

Mary Kay memiliki rangkaian serum yang pelbagai. Consultant kecantikan anda akan membantu anda memilih serum yang sesuai. Serum perlu digunakan apabila usia menjangkau pertengahan 20an. Kolagen yang dihasilkan bawah kulit mengalami pengurangan secara perlahan. Antara tanda-tanda awal kolagen perlukan bantuan tambahan adalah apabila kulit mula kendur, pipi jatuh, kelopak mata jatuh, banyak garis halus, kedutan nampak jelas, dagu membulat.

Apabila tanda-tanda ini mula muncul, jangan tunggu lagi...cepat dapatkan bantuan!

Hubungi saya di 012 6828741